25 September 2010

RinDu sama BiNtaNg

Cerita ni saya tujukan untuk orang yang kehilangan cintanya untuk selama-lamanya.. always thinking of u..

Pada hari itu, saya terserempak dengan awak. Awak terlanggar saya di depan kedai bunga. Habis bunga saya jatuh dan rosak. Awak ganti kan dengan bunga yang baru. Sebelum awak pergi kita betukar no telefon. Selepas peristiwa itu, saya selalu mendapat panggilan telefon daripada awak. Kita selalu keluar bersama. Semakin hari, kita semakin rapat, rapat sangat-sangat. Pada suatu hari, awak mengatakan yang awak sangat cintakan saya. awak ingin kita menjadi pasangan yang sangat bahagia.

saya terima awak menjadi pasangan saya. saya sudah mula menyanyangi awak sepenuh hati saya. tapi kasih sayang yang mekar di antara saya ngan awak sudah layu dan semakin pudar. Awak pergi meninggal kan saya tanpa sebarang berita. Awak pergi tanpa bagitahu kat saya ke mana awak nak pergi. Saya call awak, awak x angkat. Saya msg awak pon awak x balas. Awak pergi mana sebenarnya.? Saya sdih sangat. Sedih sebab awak tak nak bagi tahu awak kt mana.

Tiap2 hari saya menunggu awak. Saya x pernah jemu menyebut nama awak. Saya x pernah lupa mendoakan agar awak pulang kepada saya macam dulu. Tapi awak, tidak juga muncul dihadapan saya. sebulan saya kehilangan awak seperti seribu tahun saya menunggu. Kawan saya kata awak mungkin dah ada perempuan lain, tapi saya x percaya. Awak pernah kata kat saya “ saya sayang awak sampai bila2..x kira laa walau macam mana keadaan sekali pon. Saya x akn cri prmpuan lain selain awak.”. ayat tu x pernah saya lupa. Saya percaya yang awak x kan tinggal kan saya tanpa sebab. Tapi kenapa awak tinggalkn saya jugak.?

Tiba-tiba saya mendapat panggilan telefon yang mengatakan awak sudah pergi meninggal kan saya. pergi untuk selama-lamanya. Saya terkejut yang teramat sangat. Rupa-rupanya awak menghilang kan diri selama ini kerana awak x nak saya tahu penyakit awak. Awak menghidapi penyakit paru-paru berair tahap kritikal. Tapi kenapa awak x bg tahu saya. saya kan makwe awak. Sampai hati awak.
Saya terus bergegas ke rumah awak. Mak awak bagi sepucuk surat untuk saya. “ nak.. ni surat yang anak mkcik tulis untuk kamu, kamu baca laa ye”. Kenapa awak Cuma kirim surat untuk saya? saya nak jumpa dengan awak. Saya nak awak. Namun, dalam sendu saya membaca surat yang awak bagi.

“awak..saya mintak maaf sebab x bagi tahu awak tentang penyakit saya ni. Saya tahu awak mesti kecewa dengan saya. Tapi, saya x nak tengok awak sedih kalau awak dah tahu. Saya nak awak selalu tersenyum macam dulu2. Awak cantik kalau tersenyum. Kalau awak rindu kt saya awak pandang lah bintang kt langit erk. Saya akan perhatikan awak dari sana. Saya akan mendoakan supaya tuhan akan selalu menunjukkan bintang di langit. Saya nak awak tahu, saya sayang kt awak.”

 Saya bungkam sorang2 lepas baca surat dari awak. Tega nya hati awak buat saya macam ni. Kenapa awak terlalu mementingkan kegembiraan saya daripada derita yang awak lalui.? Saya sayang awak. Awak tunggu saya di bintang ye. insyaAllah saya akan pandang bintang di langit selalu. Awak semadilah dengan tenang. Saya terima apa yang terjadi dengan redha. Selamat tinggal awak. Saya akan merindui dan sayang awak sama bintang sampai bila2. Walaupun awak dah x ada. Tapi bintang akan tetap berkelip di ruang angkasa, berkelip Seperti awak yang melambai2.

Tabahlah anda menghdapi situasi seperti ini. Mungkin ada hikmhnya. Hargailah orang yang kita sayang. Jangan biarkan ia berlabuh pergi.


Written by *aRe-Na*

comments

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...